Skip to main content
News

Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics – SK Sepagaya, Lahad datu, Sabah

26 Jun 2025, Sabah – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meneruskan Program Jangkauan Keterangkuman (Outreach) Malaysia Techlympics di SK Sepagaya, Lahad Datu, Sabah. Hadir sama Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan & Perkhidmatan STI MOSTI.

Seramai 640 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada 549 orang pelajar tahap 1 dan 2, seramai 46 orang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 45 orang pelajar Pra-Sekolah.
Para pelajar didedahkan dengan pengalaman pembelajaran sains luar bilik darjah yang menyeronokkan melibatkan pelbagai aktiviti STI seperti:
🧪 Aktiviti 1: Membina Robot (STEM Kit)
🧪 Aktiviti 2: Bengkel Pengaturcaraan
🧪 Aktiviti 3: Bengkel Metaverse
🧪 Aktiviti 4: Bengkel Pemikiran Komputasi (EZBOT)
🧪 Aktiviti 5: Siasatan Jenayah
🧪 Aktiviti 6: Slime
🧪 Aktiviti 7: Pertunjukan sains, dron dan kancil
Terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang memberikan sambutan menggalakkan untuk program ini. MOSTI sentiasa komited memberi peluang pembelajaran berasaskan STEM secara menyeronokkan dan inklusif untuk semua terutamanya kepada pelajar-pelajar luar bandar melalui program-program pembudayaan STI.
Skip to content