Skip to main content
News

Kunjungan Hormat ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

26 Jun 2025, Kedah – YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid. Hadir sama YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia; pegawai-pegawai dari Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI serta pegawai-pegawai Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Kunjungan hormat ini antara lainnya bertujuan untuk memperkukuh kerjasama antara MOSTI dan LADA. Perbincangan juga berkisar kepada inisiatif inovasi sosial, Dasar Inovasi Sosial (DIS) 2025 – 2030 dan program-program yang berpotensi untuk berkolaborasi seperti Program Inovasi Sosial Malaysia (MyIS), Konvensyen Inovasi Sosial (KIS) dan Program GIGS.
Diharapkan pertemuan ini akan dapat mengeratkan perhubungan strategik antara MOSTI melalui YIM dan LADA terutamanya dalam pelaksanaan agenda inovasi sosial di peringkat nasional.
Skip to content