26 Jun 2025, Kedah – YBrs Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan lawatan pemantauan bagi meninjau pelaksanaan proek inovasi komuniti di bawah pembiayaan MaGRIS iaitu Projek Sistem Pintar Penternakan Ketam (SeppeK) dan Vertical Boxes Crab Breeders System (V-CRABS) di Crab Langkawi Farm and Restaurant, Langkawi, Kedah kepunyaan inovaor En. Rusasmizal Mohamad Ghazali.
Berdasarkan lawatan pada hari ini, didapati Projek sedang beroperasi dengan baik dan memberi impak positif kepada komuniti penternak tempatan. SeppeK memudahkan pemantauan dan pengurusan harian ternakan, serta membantu mengurangkan kadar kematian ketam manakal V-CRABS berjaya menjimatkan ruang dan meningkatkan bilangan ketam yang boleh diternak dalam satu masa. Inovator juga menunjukkan tahap komitmen tinggi dan aktif membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Projek ini dilihat mempunyai potensi besar untuk diperluaskan ke kawasan lain yang mempunyai aktiviti penternakan ketam. Hadir sama YBrs. Dr. Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.