Skip to main content
News

Lawatan Ke Tapak Projek Biogas Manjung

30 Jun 2025, Perak – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama-sama pegawai dari Bahagian Dana MOSTI, Kumpulan Modal Perdana (KMP) dan Malaysia Debt Ventures (MDV) telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Biogas Manjung oleh Syarikat Forward Energy Sdn Bhd di bawah Portfolio Pembiayaan KMP dan MDV.

Lawatan ke bertujuan untuk melihat kemajuan projek dan memastikan perancangan serta pelaksanaan projek berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Azmi Abdullah, Pengarah Urusan Forward Energy Sdn. Bhd. dan seterusnya lawatan tapak dikendalikan oleh Pengarah Projek iaitu Encik Muhammad Azri Azmi.
Projek Biogas Manjung memberi tumpuan kepada pemprosesan MSW (Municipal Solid Waste) dan sisa organik lain untuk menghasilkan biomethane dan baja organik. Projek ini menggunapakai sistem pemprosesan pencernaan anaerobik untuk menukar sisa sampah kepada biogas dan baja. Inovasi projek adalah termasuk menggunakan sistem tanah berlapis untuk menapis sisa secara semula jadi tanpa bahan kimia. Inovasi ini adalah hasil kerjasama syarikat dengan pihak UKM yang bertujuan untuk menambah baik dan mengkomersialkan teknologi pemprosesan sisa.
Skip to content