Skip to main content
News

Mesyuarat Kumpulan Kerja Sektoral Vaksin Malaysia (MVSWG) Bil.1/2025

04 Julai 2025, Putrajaya – Mesyuarat Kumpulan Kerja Sektoral Vaksin Malaysia 2025 (MVSWG Bil.1/2025) telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertempat di Bilik Gerakan, KKM.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah antaranya YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM dan YBhg Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM. Ahli-ahli mesyuarat MVSWG ini terdiri daripada wakil daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat dalam ekosistem pembangunan vaksin manusia.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan agenda dalam membangunkan ekosistem vaksin negara dan melaporkan pelaksanaan keseluruhan strategi dan inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) 2021 – 2030. Antara intipati mesyuarat ini juga menfokuskan kepada status pelaksanaan PPVN secara keseluruhan termasuk status pembangunan infrastruktur GMP (Amalan Pengilangan Baik), R&D vaksin, penglibatan dalam kerjasama antarabangsa dan tempatan dalam pembangunan vaksin serta pembangunan modal insan.
Mesyuarat ini turut membincangkan aspek pelaburan bagi memperkukuh infrastruktur dan ekosistem vaksin Malaysia secara menyeluruh, bagi memastikan negara berupaya mencapai kedaulatan vaksin dan kesiapsiagaan menghadapi pandemik masa depan.
Skip to content