Skip to main content
News

Perhimpunan Bulanan MOSTI

08 Julai 2025, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI (Jun) 2025 bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI berlangsung pada hari ini di pekarangan lobi Blok C5, MOSTI, Kompleks C, Putrajaya.

Hadir sama YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI; Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, Unit Perundangan dan Unit Integriti MOSTI dengan bertemakan ‘Membangun Ummah Madani’ sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman dalam ucapannya menekankan mengenai MOSTI cekap, berintegriti dan berdaya saing berteraskan nilai 5S yang menjadi asas pembentukan organisasi responsif dan relevan bertepatan aspirasi Malaysia MADANI.
✏ S – Share (Kongsi) – Perkongsian maklumat dan input secara selamat
✏ S – Simplify (Ringkas) – Ringkaskan pelaporan atau perkongsian maklumat
✏ S – Safe & Secure (Selamat & Terjamin) – Lindungi maklumat dan patuhi tatacara kerja
✏ S – Speed (Kelajuan) – Tindakan / Pelaksanaan yang pantas dan proaktif
✏ S – Semak – Penilaian berterusan berasaskan data semasa
YBhg. Datuk TKSU(T) juga menyentuh perihal sambutan Maal Hijrah yang memperingati penghijrahan Nabi Muhammad (SAW) dari Mekah ke Madinah yang melambangkan permulaan baharu, perubahan diri dan perjuangan ke arah kehidupan yang lebih baik sebagai panduan kepada semua warga MOSTI.
Terlebih dahulu telah berlangsung sesi Ceramah Maal Hijrah bertajuk Menjiwai Makna Hijrah yang telah disampaikan oleh Ustaz Nor Azlim Bin Mat Sidik, Pegawai Hal Ehwal Islam MOSTI.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali ini :
✅ Makluman Kenaikan Pangkat
✅ Makluman Pegawai Keluar Masuk
✅ Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi bagi Bulan Jun.
Skip to content