Skip to main content
News

Kunjungan Hormat oleh Duta Switzerland ke Malaysia

08 Julai 2025, Putrajaya – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Switzerland ke Malaysia, PYT Chantal Moser. Objektif sesi pertemuan ini adalah untuk membincang dan merintis potensi kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) antara kedua-dua negara. Malaysia dan Switzerland telah menyatakan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama yang melangkaui penyelidikan dan pembangunan konvensional yang mana merangkumi pembangunan bakat, inovasi, pemindahan teknologi dan pengkomersialan.

Kerjasama menyeluruh ini diharap dapat mewujudkan ekosistem STI yang dinamik, serta memberikan impak yang ketara dan manfaat berkekalan kepada kedua-dua negara.
Turut hadir dalam sesi pertemuan ini ialah Encik Ralph Stamm, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Switzerland di Malaysia; Dr. Sharmila Mohamad Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia; serta pegawai-pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Skip to content