Skip to main content
News

International Conference on Governance and Integrity 2025

15 Julai 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI bersama dengan Unit Integriti MOSTI telah menghadiri Malaysia’s International Conference on Governance and Integrity 2025 yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya, anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dengan Kerjasama International Anti-Corruption Academy (IACA) dan United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC).

Persidangan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen terhadap tadbir urus baik dan Integriti, memperkasa amalan terbaik (best practices) serta menggalakkan jalinan kerjasama antara negara dan sektor.
Melalui persidangan ini, MOSTI komited untuk melaksanakan dasar berintegriti melalui inovasi sains, teknologi dan penyelidikan yang dikawalselia di bawah Unit Integriti MOSTI.
Skip to content