Skip to main content
News

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MOSTI

16 Julai 2025, Kedah – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat MBJ Bil. 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI merangkap Pengerusi MBJ MOSTI. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI bersama Ahli-ahli MBJ MOSTI Sesi 2023/2025.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh antara MOSTI dan pegawai dalam Kumpulan PnP serta Pelaksana dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan serta mengumpul pelbagai buah fikiran daripada pegawai dengan wakil Pengurusan MOSTI.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak pengurusan dan pihak pekerja MOSTI akan terus berkekalan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan demi negara.
“Pekerja Sejahtera, Organisasi Perkasa”
Skip to content