Skip to main content
News

Pengukuhan Pasukan Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Sesi 2023/2025

17 Julai 2025, Kedah – Program Pengukuhan Pasukan Ahli MBJ MOSTI Sesi 2023/2025 diteruskan dengan sesi bergambar bersama YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha merangkap Pengerusi MBJ MOSTI bersama wakil majikan dan wakil pekerja MBJ MOSTI.

Pengisian program kali ini lebih segar dan interaktif dengan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti pembinaan pasukan, perbincangan dalam kumpulan, perkongsian pengalaman dan aktiviti santai yang menggalakkan semangat kekitaan dan komunikasi berkesan antara ahli MBJ.
Program ini mencerminkan komitmen MOSTI dalam membina pasukan kerja yang harmoni, berdaya saing dan bersatu hati demi memperkasa kecemerlangan perkhidmatan awam.
“Pekerja Sejahtera, Organisasi Perkasa”
Skip to content