18 Julai 2025, Singapura – Kerajaan Malaysia dan Singapura menganjurkan 10𝘵𝘩 𝘑𝘰𝘪𝘯𝘵 𝘚𝘦𝘮𝘪𝘯𝘢𝘳 𝘢𝘯𝘥 41𝘴𝘵 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦 𝘎𝘢𝘮𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘪𝘯𝘨𝘢𝘱𝘰𝘳𝘦 𝘗𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘚𝘦𝘤𝘵𝘰𝘳 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘦𝘳𝘴 2025 pada 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Singapura yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan melibatkan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan yang terdiri daripada Pegawai Kanan bertaraf Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Agensi Pusat.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, TYT Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar telah menganjurkan sesi makan malam bagi meraikan semua Delegasi Malaysia ke Singapura yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.