Skip to main content
News

ASEAN Semiconductor Summit 2025

24 Julai 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Majlis Perasmian ASEAN Semiconductor Summit 2025 (ASEMIS) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sidang kemuncak ini menghimpunkan para penggubal dasar, pegawai kerajaan, persatuan industri, syarikat teknologi dari rantau ASEAN dan persatuan semikonduktor global. ASEMIS berfungsi sebagai forum penting untuk memupuk kerjasama, memacu inovasi, dan mengukuhkan perkongsian dalam ekosistem semikonduktor ASEAN.
Skip to content