Skip to main content
News

Mesyuarat Kerjasama Strategik MOSTI Bersama Transparency International Malaysia

25 Julai 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, bersama YBrs. Tuan Wong Chiew Hoong, Ketua Unit Integriti MOSTI, telah mengadakan Mesyuarat Kerjasama Strategik bersama Transparency International Malaysia (TI-M) yang diketuai oleh Encik Raymond Ram, Presiden TI-M.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah pegawai-pegawai dari Unit Integriti MOSTI serta pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan berkaitan dan sekretariat TI-M.
Dalam mesyuarat ini, MOSTI telah membentangkan pelan strategik dan hala tuju integriti kementerian dalam membudayakan amalan kerja yang berintegriti dan beretika. Fokus utama adalah memperkukuh sistem pematuhan serta tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam, khususnya di MOSTI, sebagai sebahagian daripada usaha menyumbang kepada penambahbaikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
Sementara itu, TI-M telah berkongsi dapatan berkaitan isu dan cabaran utama yang sering berlaku dalam perkhidmatan awam, khususnya dalam aspek pengurusan dana awam dan perolehan. TI-M turut berkongsi usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mekanisme pencegahan rasuah serta penambahbaikan peranan Unit Integriti dalam menangani isu-isu integriti.
Mesyuarat ini mencerminkan komitmen MOSTI untuk bekerjasama secara strategik dengan TI-M bagi memperkasa dasar dan amalan integriti melalui pendekatan berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), dengan sokongan berterusan daripada Unit Integriti MOSTI.
Skip to content