28 Julai 2025, Putrajaya – Unit Integriti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Peringkat Kementerian Bilangan 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua
Setiausaha MOSTI.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan hala tuju dan pelaksanaan inisiatif strategik dalam memperkukuh tadbir urus yang baik, meningkatkan integriti serta memperkasakan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Selain itu, mesyuarat ini juga turut menyediakan ruang untuk membincangkan isu-isu semasa berkaitan tadbir urus, menilai pelaksanaan dasar-dasar utama negara, serta mengukuhkan komitmen Kementerian, Jabatan dan Agensi terhadap prinsip-prinsip tatakelola yang baik.