Skip to main content
News

Taklimat Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga ATOM (Pindaan) 2025 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat

29 Julai 2025, Kuala Lumpur – Satu sesi taklimat Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 telah diadakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada ahli-ahli Dewan Rakyat (Backbenchers) bagi tujuan pembentangan Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 yang merupakan pindaan kepada Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304].

Sesi taklimat disampaikan oleh YBrs. Encik Ashraf Rezal bin Abdul Manan, Penasihat Undang-undang MOSTI. Pindaan ini dilakukan untuk menambahbaik peruntukan Akta 304 sedia ada bagi memastikan kawalan dan kawal selia terhadap aktiviti tenaga atom yang komprehensif merangkumi elemen keselamatan(safety), sekuriti (security) dan kawal guna (safeguards).
Rang Undang-Undang Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025 akan dibentangkan dalam Parlimen Malaysia ke-15, Sidang Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat. Hadir sama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Datuk Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Hajah Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom.
Skip to content