Skip to main content
News

Bengkel Komuniti AI Generatif Untuk Semua

05 Ogos 2025, Kelantan – Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah mengadakan program satelit sempena Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan iaitu Bengkel Komuniti “AI Generatif Untuk Semua” yang telah berlangsung di Ruang Daya Cipta (RDC), Komuniti Tumpat, Kelantan.

Bengkel yang dikendalikan oleh Efflean Group Consultant Sdn. Bhd. ini memberi pendedahan awal kepada konsep serta aplikasi asas kecerdasan buatan (AI) generatif kepada peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk belia, ibu tunggal, peniaga kecil, pelajar, dan guru komuniti.
Bengkel selama lima jam ini telah merangkumi empat modul utama berikut:
Modul 1: Pengenalan kepada Penggunaan AI dalam Kehidupan Harian
Memberikan pemahaman asas mengenai konsep AI serta aplikasinya dalam tugasan harian seperti pengurusan masa, komunikasi, dan pencarian maklumat.
Modul 2: Aplikasi AI untuk Pembelajaran dan Penulisan Kandungan
Membimbing peserta menggunakan AI untuk menghasilkan bahan pembelajaran dan penulisan seperti surat rasmi, poster, esei, dan resume dengan lebih efisien.
Modul 3: AI sebagai Alat Pertanyaan Maklumat
Menunjukkan cara AI boleh membantu dalam mendapatkan maklumat tepat dan pantas dalam bidang seperti kesihatan, pengangkutan, kewangan, hiburan, dan pendidikan.
Modul 4: Eksplorasi Pelbagai Aplikasi AI Lain
Mendedahkan peserta kepada pelbagai platform AI untuk kegunaan harian dan profesional termasuk penterjemahan bahasa, penyuntingan imej, penjanaan idea dan pengurusan tugasan.
Pendekatan bengkel ini bersifat interaktif dan mesra komuniti melalui demonstrasi langsung, aktiviti berkumpulan, kuiz dan latihan praktikal. Ini membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan secara terus dan berkesan, sejajar dengan matlamat PMR untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan teknologi yang inklusif, mudah diakses dan relevan dengan keperluan semasa.
Skip to content