05 Ogos 2025, Kelantan – Program STEM Camp 2025 diteruskan dengan penuh semangat di RDC@UTC Kota Bharu, Kelantan pada hari ini. Program selama tiga hari ini merupakan inisiatif Persatuan Kebajikan Prihatin Negeri Kelantan dengan sokongan strategik daripada pelbagai rakan kolaboratif, termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Bharu, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Melaka, Persatuan Kemajuan STEM & Inovasi serta Muhamba Tinta.






