Skip to main content
News

Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2025

06 Ogos 2025, Kelantan – Program Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics 2025 diadakan pada hari ini bertempat di Kolej Vokasional Pasir Mas, Kelantan bersempena dengan Program MADANI Rakyat 2025 Kelatan. Program ini melibatkan seramai 111 orang pelajar dengan empat (4) aktiviti daripada Pertandingan Malaysia Techlympics 2025 iaitu Cabaran Siasatan Jenayah, Maicy, Metaverse, Cabaran Kejuruteraan Dunia dan Dron.

1️⃣ Pengenalan kepada Cabaran Siasatan Jenayah:
– Pelajar diberikan satu profil kes untuk diselesaikan. Pelajar akan menjalankan analisis untuk mencari siapakah suspek kes.
– Aktiviti analisa:
> Pengecaman cap jari
> Pengecaman kesan tapak kasut
> Ujian Toksikologi
> Pencapjarian DNA
> pengekstrakkan DNA
2️⃣ Cabaran Metaverse
* Pelajar diberikan penerangan tentang metaverse, dunia virtual 3D dan asas pembinaan permainan.
* Pelajar membina scene dunia mereka menggunakan aset di studio dengan memberikan arahan secara AI.
* Pelajar akan membuat pengaturcaraan untuk menggerakkan objek.
 Bengkel Cabaran Maicy
Pelajar diberikan penerangan mengenai kecerdasan buatan (AI) dan fungsi dalam aplikasi AI. Dengan menggunakan aplikasi AI pelajar akan menghasilkan 1 tugasan yang dapat mengesan reaksi muka seseorang.
4️⃣ Cabaran kejuruteraan dunia
Bengkel ini memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana cara jurutera bekerja untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar dengan menghasilkan pengangkutan menggunakan sumber tenaga alternatif yang berbeza.
5️⃣ Cabaran Dron
Pelajar diberi tunjuk ajar cara untuk mengawal dron secara manual dan automasi. Pelajar perlu menggerakkan dron dari satu point ke point yang seterusnya secara manual. Kemudian, pelajar belajar cara membuat pengaturcaraan bagi menggerakkan dron.
6️⃣Persembahan Dron dan Robot Kancil
– Persembahan formasi menarik oleh 10 dron yang terbang secara serentak dan automatik dan diiringi oleh robot kancil sewaktu majlis perasmian.
– Interaksi robot kancil yang mencuit hati murid-murid dengan gerakan melambai, membuat hati dan menari.
Skip to content