Skip to main content
News

Karnival STEM SK Tanah Merah (2)

06 Ogos 2025, Kelantan – Karnival STEM SK Tanah Merah (2) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Ogos 2025 bertempat di SK Tanah Merah (2), Tanah Merah, Kelantan sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan. Menerusi program ini, seramai 300 orang murid dari SK Tanah Merah (2) telah berpeluang untuk menerokai dunia Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara interaktif, kreatif dan menyeronokkan.

Pengisian program merangkumi empat (4) komponen utama iaitu:
1️⃣ Bengkel Bridge BuildingBengkel Bridge Building
2️⃣ Pemasangan Kereta Solar
3️⃣ Pemasangan Kipas Solar
4️⃣ Rubik Matematik
Program STEM Camp MOSTI pada kali ini telah dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (2) sebagai usaha memperkasa pendidikan STEM kepada generasi muda luar bandar.
💡 Inisiatif ini juga adalah sejajar dengan hasrat MOSTI untuk merakyatkan sains, mengarusperdanakan inovasi dan membentuk generasi celik teknologi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Skip to content