07 Ogos 2025, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sesi libat urus ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan Belanjawan 2026 selari dengan keperluan dan aspirasi rakyat selain bertujuan mengumpulkan maklum balas pihak industri bagi merangka Belanjawan 2026 yang dijangka dibentangkan pada Oktober nanti.
Hadir sama YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; Ketua-ketua setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Perkhidmatan, wakil-wakil industri, persatuan dan NGO.