07 Ogos 2025, Kelantan – Forum Agama MaRak (MADANI Rakyat) bersempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Kelantan, berlangsung hari ini dengan tajuk “Sains, Teknologi dan Kalam Ilahi: Wadah Pembudayaan Generasi Rabbani”.
Forum ini membincangkan sinergi antara ilmu wahyu dan sains dalam membentuk tamadun moden yang berpaksikan nilai-nilai Islam.
Sesi forum dikendalikan oleh personaliti TV dan motivator terkenal Amin Idris, yang bertindak selaku moderator, bersama barisan panelis Prof. Madya Ts. Dr. Nazir bin Khalid, Ustaz Suratemi bin Mat Yusof dan Ustaz Fazrul Fahmee bin Ismail.
Hadir sama memeriahkan majlis ilmu ini ialah YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI.
‘Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Untuk Kesejahteraan Rakyat’