08 Ogos 2025, Kelantan – Persembahan dikir barat memeriahkan pentas utama Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan pada malam ini dengan mengetengahkan Sirat Maharaja, Irfan Mutiara Biru, Arman DBA dan Megat Haikal.
Dikir Barat sangat signifikan dengan Kelantan karena merupakan seni tradisional Melayu yang sangat popular dan digemari. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga mencerminkan budaya dan identiti masyarakat Kelantan.
Turut hadir, YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan MOSTI dan YBrs. Ts. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik MOSTI.