Skip to main content
News

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR)

18 Ogos 225, Putrajaya – Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bil. 7/2025 diadakan hari ini bertempat di Dewan Persidangan ICU, JPM dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang membincangkan mengenai isu-isu utama berkaitan kesejahteraan rakyat dan pelaksanaan reformasi perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berimpak tinggi.
YBhg. Tan Sri KSN turut menyampailan Sijil Penghargaan Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) kepada Kementerian bagi projek-projek RKB yang telah berjaya siap sebagai penghargaan atas usaha gigih kementerian dalam meningkatkan produktiviti dan menjayakan agenda reformasi perkhidmatan awam.
Skip to content