Skip to main content
News

Sesi Penggulungan RMK13 MOSTI

20 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Selesai Ucapan Penggulungan Rancangan Malaysia ke-13, Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 (2025) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

YB Menteri dalam ucapan penggulungannya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberi penekanan yang eksklusif dan mendalam terhadap pelaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang berada di bawah koordinasi MOSTI bersama kementerian-kementerian yang lain. DSTIN akan memastikan kedudukan dua (2) Indikator Keberhasilan RMK13 yang terkait dengan STI iaitu indikator 20 Teratas Kedudukan Global Innovation Index (GII) serta sasaran pencapaian 2.5% bagi Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) kepada KDNK tercapai yakni menjadi indikator utama kepada strategi pemacu STI di bawah MOSTI bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Hadir sama semasa sesi penggulungan ialah YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI. Terima kasih jua diucapkan kepada seluruh pasukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), jabatan dan agensi yang sentiasa bersama-sama dalam membantu menyediakan input-input penting untuk ucapan penggulungan tadi bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen.
MOSTI akan terus bersedia mengandar amanah serta tanggungjawab, menyampaikan perkhidmatan terbaik di samping turut mengambil kira pandangan-pandangan serta cadangan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan rakyat secara keseluruhannya dalam sesi RMK13 ini.
Skip to content