Skip to main content
News

Sesi Townhall dan Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Mengenai Pencapaian Dana Pemacu RMKe-12 dan Persediaan RMKe- 13

20 Ogos 2025, Putrajaya – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Dana telah menganjurkan satu Sesi Townhall dan Libat Urus Mengenai Pencapaian Dana Pemacu RMKe-12 dan Persediaan RMKe-13 di Putrajaya. Program ini melibatkan lebih 155 orang wakil pemegang taruh daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), institusi penyelidikan, agensi Kerajaan, wakil industri, para penyelidik dan penerima dana serta wakil daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Pada awal sesi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah menyampaikan perkongsian berkenaan pencapaian Dana Pemacu RMK-12 dan hala tuju pendanaan MOSTI bagi RMK-13.
Program ini merupakan platform terbaik bagi mendengar secara langsung pandangan, maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada semua pihak yang terlibat dalam projek-projek R&D yang dibiaya MOSTI serta menilai pencapaian Dana Pemacu yang telah diperkenalkan bermula 2021 sehingga 2025. Input yang dikumpulkan akan menjadi asas penting dalam merangka strategi baharu yang lebih inklusif, berfokus dan berimpak tinggi bagi pelaksanaan RMKe-13 kelak.
Skip to content