Skip to main content
News

11 Program & Projek di Bawah Inisiatif Sekolah Angkat Madani MOSTI

26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI MOSTI 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Telok Gadong, Klang.

Majlis ini turut menyaksikan simbolik penyerahan 𝑚𝑜𝑐𝑘 𝑐ℎ𝑒𝑞𝑢𝑒 peruntukan kepada pihak sekolah serta pengumuman penubuhan Sudut STEM bernilai RM25,000, sebagai satu inisiatif MOSTI untuk mendekatkan murid dengan dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara lebih interaktif dan menyeronokkan.
Program Sekolah Angkat MADANI MOSTI memberi tumpuan kepada pembangunan STI melalui pengukuhan kurikulum STEM dan literasi digital, penambahbaikan prasarana sekolah serta pemerkasaan profesionalisme guru.
Antara pengisian menarik yang berlangsung termasuk Pertunjukan Sains dan Pameran Bas Sains Bergerak oleh Pusat Sains Negara, aktiviti Pencerapan Matahari oleh Planetarium Negara, serta pameran outreach Techlympic yang disertai murid-murid SK Telok Gadong sendiri.
Inisiatif ini diharapkan dapat membuka ruang pembelajaran baharu, menyemai minat mendalam terhadap STEM serta menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi muda yang berdaya saing pada masa hadapan.
Turut hadir sama ialah Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, YBrs. Tuan Ismawi Bin Muhammad, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, YBrs. En. Hairunizad bin Haron, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembelajaran Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Puan Suhaila Binti Muner, Guru Besar SK Telok Gadong, serta YBrs. Yang Dipertua PIBG, Tuan Muhammad Hafiz Bin Bahari termasuk Setiausaha Bahagian MOSTI.
Skip to content