Skip to main content
News

International Smart Manufacturing Forum (MIFA) & Malaysia International Trade Fair on Industrial Automation and Digital Transformation Solutions (MTE 2025)

26 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Forum & Pameran Antarabangsa MIFA-MTE 2025 bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan pemain industri, penyelidik, pembuat dasar dan penyedia teknologi dari dalam serta luar negara, sekali gus menjadi platform strategik memperkukuh daya saing Malaysia dalam industri pembuatan pintar, automasi dan transformasi digital.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Seri KSU MOSTI turut menekankan peranan agenda strategik seperti National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER 2021-2030), KL20, peranan Cradle Fund dan Program MySTI, yang menjadi pemacu penting kepada ekosistem inovasi negara.
YBhg. Datuk Seri KSU MOSTI turut melawat ke beberapa pavilion dan reruai pameran termasuk Pavilion MIFA, Kardex serta reruai teknologi industri lain yang mempamerkan solusi automasi, digitalisasi dan inovasi terkini.
MOSTI berharap agar forum dan pameran ini menjadi pemangkin transformasi Malaysia ke arah industri pintar yang mampan, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Turut hadir sama YB Datuk Larry Sng, Presiden Malaysia Timber Industry Board (MTIB), YBrs. Ts. Eng. Muhammad Didi Hendra Shah, Presiden Malaysia Industry Forward Association (MIFA), Tuan Edwin Lai, Pengarah Urusan MTE Exhibition Sdn Bhd, YBhg. Datin Lorela Chia, Presiden Malaysia Association of Sustainable Supply Chain and Innovation (MASSCI), YBrs. Dr. Raymon Krishnan, Presiden The Logistics and Supply Chain Management Society (LSCMS), Tuan Lee Seng Thye, Presiden Malaysian Woodworking Machinery Association (MWMA) dan Tuan Yong Yoon Kit, Naib Pengerusi FMM Industry 4.0 & Digital Economy Committee.
Skip to content