Skip to main content
News

Lawatan Turun Padang KSU MOSTI ke Projek Pembangunan Pusat Sains Negara Kuala Lumpur

28 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Pusat Sains Negara Kuala Lumpur bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12. Ini merupakan projek Kerja Pembaikan Bumbung Pusat Sains Negara Kuala Lumpur iaitu projek di bawah butiran Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan, projek Pembangunan Pengisian STI dan Fasiliti Program PSN serta projek Menaik Taraf Sistem Digital PSN Kuala Lumpur.

Turut mengiringi lawatan ini adalah YBrs Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara termasuk YBrs. Ir. Mohd Arzaleigh bin Abd Rahman, Jurutera Awam Penguasa Kanan Jabatan Kerja Raya serta pegawai-pegawai daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Ekonomi.
Terdahulu Pengarah Pusat Sains Negara telah menyampaikan taklimat berkaitan Pusat Sains Negara kepada delegasi lawatan dan diakhiri dengan sesi tinjauan tapak bagi menilai perkembangan projek yang sedang dilaksanakan.
Skip to content