04 September 2025, Sabah – Hari ini YB Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri MOSTI mengadakan lawatan ke Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Tawau. Dalam sesi lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah diberi taklimat berhubung fungsi serta peranan penting agensi tersebut di Pantai Timur Sabah termasuklah aspek penyelidikan, keselamatan dan kawalan kualiti.
YB Timbalan Menteri turut meninjau tanah seluas 3 ekar di Balung, Tawau sebagai tapak cadangan pejabat Kimia Malaysia Cawangan Tawau yang bakal menjadi pusat perkhidmatan strategik untuk memenuhi keperluan masyarakat dan agensi penguatkuasaan di kawasan ini. Dengan kemudahan ini kelak diharapkan dapat memperkukuh lagi jaringan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Sabah.
Turut mengiringi lawatan kerja ini adalah Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, En. Harun bin Ahmad Pengarah Kimia Malaysia Negeri Sabah dan Ts. Aidil Fahmi Bin Shadan, Pengarah KIMIA Malaysia Cawangan Tawau serta kakitangan Kimia Malaysia Cawangan Tawau.