Skip to main content
News

Sesi Due Diligence MCY Siri 3/2025

09 September 2025, Putrajaya- Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Sesi Due Diligence Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) Siri 3/2025 di Mercure Living, Putrajaya. Pada sesi kali ini, sebanyak 48 produk/ teknologi/ perkhidmatan hasil R&D dari seluruh negeri telah dicalonkan menyertai sesi ini.
Sesi Due Diligence adalah antara inisiatif utama MCY yang bertujuan:
✅ Menilai tahap kesediaan teknologi (TRL);
✅ Mengenal pasti intervensi dan fasilitasi yang diperlukan; dan
✅ Menyaring calon bagi KPI Khas MCY iaitu calon penerima Anugerah MCY bernilai keseluruhan RM1 juta.
MOSTI komited memperkukuh pengkomersialan hasil R&D&C&I tempatan melalui pendekatan MCY 3.0 – Goes Global, sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
Mari kita jayakan usaha “Turning Ideas into Impact” demi kelestarian dan kemakmuran Malaysia MADANI. Sesi terakhir Due Diligence MCY Siri 4/2025 akan diadakan pada 28 & 29 Oktober 2025.
Skip to content