Skip to main content
News

Majlis Perasmian dan Makan Malam Persidangan Pegawai Perakaunan dan Kewangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 2025

11 September 2025, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah merasmikan Persidangan Pegawai Perakaunan dan Kewangan MOSTI 2025 anjuran Bahagian Akaun, yang berlangsung dari 10 hingga 12 September 2025.

Persidangan ini menghimpunkan 63 pegawai perakaunan dan kewangan daripada 19 PTJ di bawah MOSTI dengan matlamat untuk memperkukuh kefahaman pegawai mengenai pengurusan kewangan dan perakaunan sektor awam. Selain itu, ia turut bertujuan berkongsi perkembangan dasar, hala tuju serta amalan terbaik pengurusan kewangan kerajaan, dan meningkatkan kompetensi pegawai bagi memastikan tadbir urus kewangan kementerian yang lebih cekap dan berkesan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ooli Gunalan A/L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), dan YBrs. Puan Shabibah Bachok, Setiausaha Bahagian Akaun MOSTI.
Penganjuran persidangan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan ukhwah dalam kalangan peserta serta memberi nilai tambah kepada pengetahuan, kompetensi dan kemahiran pegawai perakaunan dan kewangan MOSTI.
Skip to content