Skip to main content
News

Program Hari Sihat Warga C7 MOSTI

26 September 2025, Putrajaya – Pagi tadi telah berlangsung Program Hari Sihat sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2025 dengan tema Badan Sihat, Minda Cerdas. Program yang diadakan di Dewan Perhimpunan MOSTI ini telah disertai oleh warga C7 MOSTI dengan penuh semangat dan keceriaan.

Pengisian utama program merangkumi sesi Body Combat Exercise yang diketuai oleh Encik Amir bin Julkree, instruktor dari Kementerian Belia dan Sukan, selain aktiviti riadah dalaman seperti permainan congkak dan carrom yang turut menarik penyertaan ramai warga.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat terus disemarakkan dalam kalangan warga MOSTI.
Skip to content