Skip to main content
News

Forum 3: Menaikkan Siling-Kerencaman Ekonomi Sempena MEKA 2025, Hari Kedua

01 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Hari kedua Minggu Ekonomi dan Kewangan Awam (MEKA) 2025 yang berlangsung di INTAN Bukit Kiara menyaksikan penganjuran Sesi Forum 3 bertajuk “Menaikkan Siling – Kerencaman Ekonomi”.

Forum ini memberi tumpuan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026–2030 yang menekankan keperluan Malaysia untuk menaikkan siling pertumbuhan ekonomi dengan beralih daripada model berasaskan kos dan pengeluaran semata-mata kepada ekonomi yang digerakkan oleh penciptaan nilai.
Pendekatan ini penting bagi memastikan daya saing jangka panjang, kelestarian pertumbuhan, dan peningkatan kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
Forum berkenaan menampilkan YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI sebagai salah seorang panelis bersama YBhg. Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Ketua Strategi Sime UMW, Sime Darby Berhad; YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Profesor Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya serta Encik Firdaos Rosli, AMBANK Group. Sesi ini dikendalikan oleh Encik Naguib Mohd Nor, Presiden Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIA).
Perkongsian ini diyakini akan memberi manfaat besar kepada para peserta MEKA 2025, sekali gus menyumbang kepada kepentingan Kerajaan dan kesejahteraan negara.
Skip to content