Skip to main content
News

Pertandingan Sukan Indoor Sempena Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Tahun 2025

02 Oktober 2025, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kerjasama sektor-sektor di MOSTI dan Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat MOSTI (KEMSAINS) telah menganjurkan Pertandingan Sukan Indoor sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat MOSTI 2025.

Pertandingan yang berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat MOSTI ini menampilkan tiga acara sukan iaitu perlumbaan eksplorasi (explorace), karom dan congkak dengan penyertaan warga MOSTI termasuk Pusat Sains Negara serta Planetarium Negara.
Penganjuran ini menjadi inisiatif awal untuk membina momentum ke arah sambutan kemuncak HSN Peringkat MOSTI, di mana keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2025.
Program turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), MOSTI serta warga yang menyertai pertandingan ini.
Skip to content