Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Program Rancakkan Madani bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025

30 Oktober 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penganjuran Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, di Putrajaya.

Mesyuarat ini membincangkan pelaksanaan dan penyelarasan strategik bagi kedua-dua program berimpak tinggi ini, yang bakal menjadi platform utama memperkukuh nilai-nilai Malaysia MADANI dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan kolaborasi antara kementerian, agensi dan rakan strategik bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar serta memberi impak besar terhadap pengukuhan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat. Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan yang terlibat.
Skip to content