Skip to main content
News

Mesyuarat Dua Hala Antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama National IT Promotion Agency

03 November 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mempengerusikan Mesyuarat Dua Hala di MOSTI bersama delegasi National IT Promotion Agency (NIPA), Korea Selatan yang diketuai oleh TYT Park Yun-Kyu, Presiden NIPA. Mesyuarat Dua Hala ini diadakan bersempena dengan lawatan Presiden Park ke Malaysia bagi menghadiri Korea-ASEAN AI Youth Festa 2025 yang bakal diadakan pada 4 November 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Korea-ASEAN AI Youth Festa 2025 merupakan salah satu program perdana di bawah kerangka kerjasama Korea-ASEAN Digital Innovation Flagship Project (KADIF). Mesyuarat Dua Hala ini menjadi platform dalam membincangkan hala tuju masa depan Malaysia-Korea dalam bidang sains, teknologi dan inovasi digital, terutamanya menerusi kerjasama ASEAN bersama Rakan Dialognya, Korea Selatan. Perbincangan ini turut menekankan kepentingan untuk mempromosikan inovasi perindustrian melalui AI dan teknologi digital, dan mewujudkan laluan yang jelas untuk pembangunan sumber manusia, kerjasama R&D, dan pengkomersilan teknologi antara Korea dan Malaysia.
Skip to content