Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBM ke YHL Desaru Farm

16 Januari 2026, Desaru – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke YHL Desaru Farm, Johor bagi meninjau pelaksanaan bioteknologi dalam akuakultur mampan, merangkumi ternakan udang vannamei dan tiram tetraploid. Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Haji Ashari bin Kasnan, Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech dan YBrs. Tuan Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corporation diiringi oleh Encik Low Yuan Heng, Pengarah Urusan dan Pengasas YHL Group.
YHL Aquatic Sdn Bhd merupakan syarikat Bio-based Accelerator (BBA) di bawah bimbingan Bioeconomy Corporation serta pengusaha penternakan tiram terbesar di Asia Tenggara, yang turut membangunkan probiotik dan mikroalga secara dalaman bagi menyokong kesihatan ternakan dan kelestarian operasi.
Ladang ini mengaplikasikan pendekatan Integrated Multitrophic Aquaculture (IMTA), inovasi genetik dan sistem pengurusan berteknologi tinggi bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan impak pencemaran serta menyokong keterjaminan makanan negara.
Skip to content