Skip to main content
News

Sesi Book Review MOSTI

26 Januari 2026, Putrajaya – Sesi Book Review merupakan satu inisiatif baharu yang dicadangkan oleh YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai usaha berterusan bagi memperkukuh budaya membaca dan memperkaya ilmu pengetahuan dalam kalangan warga MOSTI.
Sesi pertama telah berlangsung di Atrium Peterena, C5 dan disertai oleh warga MOSTI, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap pembudayaan perkongsian ilmu di kementerian.
Buku Mission Economy telah dibentangkan oleh pegawai-pegawai muda MOSTI yang terdiri daripada Encik Muhammad Naaim bin Mansor, Encik Muhammad Amer Aimanuddin bin Mazlan dan Puan Salrina binti Ayyub yang memberi fokus kepada peranan strategik MOSTI dalam memacu pembangunan ekonomi dan inovasi secara mampan.
Turut hadir, YBrs Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI yang berkelapangan.
Skip to content