Skip to main content
News

Program Jangkauan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)

1 Mac 2026, Lahad Datu – Hari kedua Program Jangkauan Sains, Teknologi & Inovasi (STI) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di Sabah diteruskan di Masjid Firdaus, Kg Sepagaya, Masjid Nur Hikmah, Kg Bumiputra dan Masjid Nur Hidayah, Kg Teluk Soaian dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama masyarakat setempat.
Dalam program ini, YB Timbalan Menteri menzahirkan komitmen Kementerian untuk memastikan agenda sains dan teknologi terus diperkasa dan diperluas agar tidak tertumpu di makmal, universiti atau kawasan bandar semata-mata, sebaliknya memberi manfaat secara langsung kepada komuniti di peringkat akar umbi.
Program turut diisi dengan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama penduduk setempat, sekali gus mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh hubungan antara Kementerian dan masyarakat.
Melalui pendekatan jangkauan yang inklusif dan mesra komuniti, sesi dialog dua hala telah diadakan bagi memahami keperluan sebenar di lapangan serta memperkenalkan pelbagai inisiatif dan peluang dalam bidang STI kepada masyarakat, khususnya generasi muda.
Skip to content