Skip to main content
News

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian

9 Mac 2026, Putrajaya – Warga MOSTI turut hadir dalam Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian, jabatan serta agensi secara dalam talian anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) di Atrium Peterena, MOSTI.
Antara intipati amanat yang ditekankan oleh YAB Perdana Menteri adalah mengenai situasi geopolitik antarabangsa yang sedang bergolak khususnya di Timur Tengah di samping usaha kerajaan untuk mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter bagi mengurangkan beban rakyat susulan ketidaktentuan ekonomi dan pasaran global. Beliau turut mengumumkan bahawa Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan diawalkan mulai 10 Mac 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Seiring dengan amanat tersebut, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, menzahirkan komitmen untuk memastikan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terus diperkasa selaras dengan prinsip tatakelola yang baik serta integriti dalam perkhidmatan awam.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), YBrs. Pn. Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) serta warga MOSTI.
Skip to content