9 Mac 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan pertemuan pertama bersama YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian berkuat kuasa 9 Mac 2026.
Pertemuan ini menjadi titik penting dalam pengukuhan sinergi kepimpinan tertinggi MOSTI sekali gus menandakan permulaan gerak kerja strategik bagi memperkasa agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.
Pertemuan ini juga menzahirkan komitmen padu kedua-dua pemimpin untuk memastikan MOSTI terus berada di barisan hadapan dalam memacu pembangunan STI berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi serta peningkatan daya saing negara di persada antarabangsa.




