Skip to main content
News

Sesi Kunjungan Dato’ KSU MOSTI ke Reruai MOSTI dan Khemah STEM AI

4 April 2026, Ipoh – YBhg. Dato’Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan inovasi hari ini hadir berkunjung Reruai MOSTI dan Khemah STEM AI sempena hari kedua Program MADANI Rakyat (PMR) Zon Perak 2026.

Dato’ KSU berkesempatan meninjau pelbagai pengisian pameran serta mencuba sendiri aktiviti interaktif yang disediakan khas bagi menyuntik minat generasi muda terhadap bidang AI dan STEM. Selain itu, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang turut hadir memeriahkan program.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan MOSTI dalam memasyarakatkan sains dan teknologi demi kesejahteraan rakyat Malaysia MADANI.
Skip to content