Skip to main content
News

Malaysia Pacu Revolusi AI: Sasaran Sumbangan RM500 Bilion Menjelang 2030

14 April 2026, Semenyih – Malaysia optimis industri Kecerdasan Buatan (AI) bakal menyumbang USD 115 bilion (RM500 bilion) kepada KDNK negara menjelang 2030. YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah berkongsi pandangan bertajuk Artificial Intelligence (AI) and Malaysia’s Innovation Future: Talent, Technology and National Competitiveness, yang menekankan peranan AI dalam memperkukuh daya saing negara.
Strategi ini diperkukuh melalui penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI Kebangsaan (AIGE) bagi memastikan pembangunan teknologi yang selamat dan bertanggungjawab. Dari aspek pembangunan bakat, kerajaan menyasarkan latihan kepada 800,000 rakyat melalui inisiatif program seperti Microsoft AI for My Future bagi memenuhi keperluan ekonomi digital.
Selain itu, sokongan terhadap syarikat pemula diperkasa melalui agensi Cradle yang telah menyalurkan geran berjumlah RM28 juta, selain inisiatif MRANTI AI Sandbox oleh MRANTI yang memacu inovasi dalam sektor pertanian dan kesihatan. Usaha holistik ini memperkukuh aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab inovasi utama di rantau Asia Pasifik.
Program TechTalk turut menampilkan perkongisan panel oleh YBrs. Dr. Lau Phooi Yee, Senior Staff Researcher Technology Development MIMOS Berhad dengan tajuk “From Policy to Practice: How to turn Research into Real AI Solutions”. diikuti dengan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh YBrs. Ir. Dr. Hazian Mamat, Group Chief Corporate PlaPractice: How to turn Reseanning & Strategy, Sector Head, Corporate Planning and Strategy MIMOS Berhad.
Skip to content