Skip to main content
News

Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026

1 Mei 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta warga MOSTI yang terlibat telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, di Axiata Arena, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menegaskan kepentingan kepimpinan tertinggi untuk terus turun padang, mendengar pandangan serta memahami keperluan dan aspirasi pekerja di semua peringkat.
Kerajaan turut bersetuju memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) di bawah Akta Sistem Insurans Pekerja 2017 sebagai inisiatif bantuan kewangan baharu yang bakal memberi manfaat kepada para pekerja wanita di seluruh negara.
Beliau turut menyeru semua pihak untuk terus memelihara keamanan, memperkukuh nilai inklusiviti serta menyemai sifat ihsan selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
Sekalung tahniah turut diucapkan kepada semua individu dan organisasi yang menerima pelbagai anugerah sempena sambutan pada hari ini.
Selamat Hari Pekerja!
Terima kasih kepada semua warga kerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negara.
Skip to content