8 Mei 2026, Putrajaya – Telah berlangsung Sesi Sembang Santai Bil. 1 Tahun 2026 yang telah dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan (SUBKP) serta warga Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sesi Sembang Santai ini akan diadakan pada setiap minggu sepanjang tahun 2026 selaras dengan garis panduan pembudayaan keseronokan bekerja di samping menggalakkan perkongsian ilmu dalam kalangan warga MOSTI.
Majlis diteruskan dengan aktiviti senaman X-Break serta sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh wakil Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), iaitu Encik Kamarul Ariffin bin Musa bertajuk “Kesejahteraan Bumi: Peranan Data STI dalam Memacu Kelestarian Negara”.





