Skip to main content
Archive

7TH ASEAN PLUS THREE JUNIOR SCIENCE ODYSSEY (APT JSO) PENCETUS BAKAT DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) DI RANTAU ASEAN

By 2018-08-04#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800p3030#30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +08001810184amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800p3030#/30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:30 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Pasukan daripada Philippines B – Philippines Science High School – Socsksargen Region muncul sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan 7th ASEAN Plus Three Junior Science Odyssey  (APT JSO-7) dengan menewaskan 18 pasukan lain daripada negara anggota ASEAN Plus Three (APT) iaitu Brunei, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Thailand, Viet Nam, Philippines dan Republik Korea. Tempat kedua telah dimenangi oleh Pasukan Malaysia D dari Sek. Men. Sains Kuching Sarawak dan tempat ketiga pula telah dimenangi oleh sekolah campuran daripada pasukan Republik Korea B.

Pertandingan APT JSO ke-7 yang bertemakan ‘Science and Innovation for Good Health And Societal Wellbeing’ telah berlangsung selama enam (6) hari mulai 29 Julai hingga 4 Ogos 2018 di beberapa lokasi strategik seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Sains Negara (PSN) dan Petrosains KLCC.

Pertandingan ini merupakan projek tahunan yang dilaksanakan di bawah platform ASEAN Committee on Science and Technology (ASEAN COST) dengan Rakan Dialog ASEAN iaitu Republik Korea menerusi mesyuarat ASEAN Plus Three Center for the Gifted in Science (ACGS) terbuka kepada para pelajar berusia 13 hingga 15 tahun daripada negara APT.

Majlis Perasmian APT JSO ke-7 telah disempurnakan oleh YB Puan Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) pada 30 Julai 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM). Manakala, Majlis Penutup dan Penganugerahan APT JSO ke-7 telah disempurnakan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) pada 3 Ogos 2018 di Pusat Sains Negara (PSN).

Sebanyak tiga (3) modul utama telah dipertandingkan iaitu:

  1. Great Science Ideas (Video and Booth Competition);
  2. Great Science Quest (Scientific Experimentation – Outdoor and Laboratory); dan
  3. Great Science Pitch (Group Project Presentation).

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada empat (4) buah sekolah telahpun merangkul lima (5) buah pingat emas daripada modul-modul yang dipertandingkan. Pasukan Malaysia terdiri daripada:

  1. Malaysia A – Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
  2. Malaysia B – Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  3. Malaysia C – Sek. Men. Sains Lahad Datu Sabah
  4. Malaysia D – Sek. Men. Sains Kuching Sarawak

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berjaya menganjurkan APT JSO ke-7 ini dengan sokongan yang padu dan komitmen yang berterusan daripada rakan strategik MESTECC antaranya ialah Akademi Sains Malaysia (ASM), Young Scientists Network – Akademi Sains Malaysia (YSN-ASM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pusat Sains Negara (PSN), Planetarium, Universiti Putra Malaysia (UPM), Petrosains KLCC, Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) termasuk Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Luar Negeri (KLN).

Pemenang keseluruhan APT JSO ke-7 dari kiri Pasukan Malaysia D (Tempat Kedua), Pasukan Philippines B (Tempat Pertama) dan Pasukan Republik Korea B (Tempat Ketiga) bergambar bersama YB Puan Isnaraissah Munirah (Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan) semasa Majlis Penutup dan Penganugerahan APT JSO ke-7 pada 3 Ogos 2018 di Pusat Sains Negara.

Peserta APT berpeluang melawat Petrosains KLCC sebagai sebahagian daripada program sosial yang diadakan pada 2 Ogos 2018

Peserta APT selepas selesai membentangkan projek menerusi Great Science Pitch (GSP) di Petrosains KLCC pada 2 Ogos 2018


LAMPIRAN

 

SENARAI LENGKAP BAGI PEMENANG UNTUK MODUL-MODUL  7TH ASEAN PLUS THREE JUNIOR SCIENCE ODYSSEY (APT JSO)

ModulTempat PertamaTempat KeduaTempat Ketiga
Great Science Ideas (Video and Booth Competition)

1.    Malaysia D – Sek. Men. Sains Kuching Sarawak

2.    Malaysia B – Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

1.    Philippines B – Philippines Science High School (Socksargen Region Campus)

2.    Philippines A – Philippines Science High School (Caraga Region Campus)

3.    Republik Korea A (Sekolah Campuran)

4.    Republik Korea B (Sekolah Campuran)

1.    Indonesia B – Brighton Junior High School

2.    Cambodia A – Sekolah Campuran

3.    Malaysia A – Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

4.    Viet Nam A (Sekolah Campuran)

5.    Viet Nam B (Sekolah Campuran)

6.    Thailand A – Bunyawat Witthayalai School

Great Science Quest (Scientific Experimentation – Outdoor and Laboratory)

1.    Philippines B – Philippines Science High School (Socksargen Region Campus)

2.    Malaysia A – Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

3.    Malaysia D – Sek. Men. Sains Kuching Sarawak

4.    Philippines A – Philippines Science High School (Caraga Region Campus)

 

1.    Republik Korea A (Sekolah Campuran)

2.    Republik Korea B (Sekolah Campuran)

3.    Indonesia B – Bogor Junior High School

4.    Lao PDR B – Kiettisack International School

1.    Indonesia B – Brighton Junior High School

2.    Malaysia C – Sek. Men. Sains Lahad Datu Sabah

3.    Malaysia B – Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

4.    Cambodia A – Sekolah Campuran

5.    Brunei (Sekolah Campuran)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Great Science Pitch (Group Project Presentation)

Group 4 (Malaria) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia B

2.    Indonesia A

3.    Cambodia B

4.    Lao PDR A

5.    Thailand A

6.    ROK A

Group 3 (Alzheimer’s) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia A

2.    Malaysia D

3.    Cambodia A

4.    Philippines B

5.    Thailand A

6.    Viet Nam B

7.    Brunei

 

Group 5 (Colorectal Cancer) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia C

2.    Indonesia B

3.    Philippines A

4.    Lao PDR B

5.    Viet Nam A

6.    ROK B

Group 2 (Autism) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia C

2.    Indonesia B

3.    Philippines A

4.    Lao PDR B

5.    Viet Nam A

6.    ROK B

 

Group 6 (Diabetes) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia A

2.    Malaysia D

3.    Cambodia B

4.    Thailand A

5.    Viet Nam B

6.    Brunei

 

Group 8 (Cholera) yang diwakili oleh pelajar daripada:

 

1.    Malaysia C

2.    Indonesia B

3.    Philippines A

4.    Lao PDR B

5.    Viet Nam A

6.    ROK B