Skip to main content
Archive

Bengkel Due Diligence Siri Pertama Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2019

By 2019-05-17#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800p5630#30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +08005110514amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800p5630#/30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:51:56 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah menganjurkan Bengkel Due Diligence Siri Pertama Tahun 2019 telah diadakan pada 15 dan 16 Mei 2019 bertempat di Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya. Bengkel di bawah Inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY 2.0) ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi dan Inovasi), MESTECC.

Bengkel ini merupakan salah satu pengisian inisiatif MCY bagi mengukur tahap kesediaan teknologi sesuatu produk/teknologi/perkhidmatan memasuki fasa pengkomersialan dengan menitikberatkan elemen permintaan (demand driven) supaya aktiviti pengkomersialan tempatan mempunyai kualiti dan bersaing dengan negara-negara maju.

Sehingga 31 Disember 2018, menerusi KPI Khas MCY 2016 hingga 2018, sejumlah 303 produk/teknologi /perkhidmatan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibiayai oleh Kerajaan telah berjaya dikomersialkan dengan nilai pengkomersialan sebanyak RM301,294,809.26. Sebanyak 360 produk/teknologi/perkhidmatan R&D disasar untuk dikomersialkan menjelang tahun 2020.

Pelbagai manfaat diperoleh menerusi KPI Khas MCY, antaranya intervensi, fasilitasi, business matching, penyertaan pameran, pitching, bootcamp, technology preview yang dilaksanakan di bawah program-program MCY Summit 2016, MCY@Global Entrepreneurship Summit (GEC Summit) 2017, MCY@ International Greentech & Eco Products Exhibition&Conference Malaysia (IGEM) 2018 dan seterusnya MCY@IGEM 2019.

Dalam Fasa 2.0 MCY (2017-2019) menerusi Program MCY Goes Global, produk/teknologi/perkhidmatan KPI Khas MCY turut menembusi pasaran luar negara dan terlibat dalam pameran di peringkat dalam dan luar negara. Antara penyertaan luar negara ialah Ekspo Perdagangan Antarabangsa China 2018 dan Ekspo Astana 2017, Kazakhstan. Ini membantu meningkatkan visibility dan kebolehpasaran produk/teknologi/perkhidmatan R&D yang dibiayai oleh Kerajaan.

Melalui inisiatif MCY 2016 dan MCY 2.0 (2017 dan 2018), 10 produk/teknologi/perkhidmatan berimpak tinggi telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah MCY. Anugerah ini akan diteruskan pada tahun 2019 sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan Kerajaan kepada usaha R&D tempatan. Anugerah ini juga menggalakkan perkembangan R&D ke arah pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan tempatan dalam memastikan hasil R&D dan inovasi memberi impak positif terhadap aktiviti pengkomersialan tempatan serta menjadi tunjang yang kukuh dalam membantu menjana ekonomi negara.