Skip to main content
Archive

DIALOGUE & NETWORKING SESSION FOR YOUNG INNOVATORS WITH YB YEO BEE YIN

By 2018-10-20#!30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800p4430#30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800p10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302020Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +08003610364amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800p4430#/30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800p-10Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:36:44 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

20 OKTOBER, KUALA LUMPUR – YB Puan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim turun padang pada hari ini bertemu innovator muda sempena penganjuran “Dialogue & Networking Session for Young Innovators with YB Minister”.

Sesi tidak formal bersama YB Menteri  ini adalah untuk berkongsi input, maklumbalas dan pandangan mengenai landskap inovasi dan pengkomersialan sejajar dengan objektif menerajui negara ke arah kemampanan sosial dan ekonomi dalam mencapai matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals).

Majlis ini merupakan salah satu program utama sepanjang Malaysia Commercialisation Year (MCY) 2018 yang berlangsung pada 17 – 20 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Majlis ini juga merupakan penutup kepada MCY 2018 dan kesinambungan kepada program “Young Innovators Development Workshop” yang telah dijalankan pada 18 dan 19 Oktober 2018, menfokus kepada latihan dan pembangunan untuk inovator muda, merangkumi bidang bina upaya, dandanan dan perkembangan personaliti, pembangunan produk, pembinaan perniagaan dan lain-lain.

Hadir sama pada majlis ini ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj. Yahaya, Ketua Setiausaha MESTECC dan YBrs. Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi & Inovasi).

Sempena MCY 2018 juga, pelbagai program telah dilaksanakan seperti Stargazer Mentoring, Angels on the Plane, Commercialisation Programme for Young Innovators, Pocket Talks, MCY Chat dan kemuncaknya adalah Majlis Anugerah MCY 2018 pada 18 Oktober 2018 yang menyaksikan hadiah bernilai RM1juta disampaikan oleh YB Yeo Bee Yin kepada pemenang-pemenang Anugerah MCY 2018.

Sebanyak lima (5) kategori telah dipertandingkan dan pemenang bagi setiap kategori membawa pulang hadiah bernilai RM130,000.00 termasuk trofi dan sijil.

Pemenang-pemenang bagi lima (5) kategori tersebut ialah:

  • Anugerah Pencapaian Pengkomersialan dimenangi oleh Biopro Cosmeceutical Sdn. Bhd (Taman Teknologi Malaysia) melalui produk DERMAGs Skin Care;
  • Anugerah Usahawan Penyelidik, dimenangi oleh Universiti Putra Malaysia melalui produk Versatile Graphene;
  • Anugerah Usahawan Sosial dimenangi oleh Universiti Malaysia Sarawak melalui Rumah Ketam UNIMAS;
  • Anugerah Inovator Baharu dimenangi oleh Anderes Fourdy Sdn. Bhd. (Taman Teknologi Malaysia) melalui produk Emergency Evacuation System; and
  • Anugerah Usahasama Penyelidikan dan Perniagaan dimenangi oleh Universiti Petronas Malaysia melalui produk Rescue-i Monitoring System.

MCY 2018 juga mengiktiraf lima (5) lagi peserta bagi hadiah saguhati yang bernilai RM50,000.00 setiap satu, termasuk trofi dan sijil penghargaan.

Anugerah MCY ini diadakan sejak tahun 2016 yang bertujuan meraikan sumbangan bakat tempatan kepada pertumbuhan ekonomi Negara, di samping menggalakkan minat dalam pengkomersialan produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) Negara dengan memberi pengiktirafan dan insentif kepada produk serta teknologi terbaik yang dihasilkan.

TAMAT


Maklumat lanjut, sila hubungi;

Corporate Communication Unit
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
Phone: 012-9075372 (Akmal)
Fax: 03-8890 3092
Email: ukkdist@mosti.gov.my