Pada 29 Oktober 2018, Encik David Thomas, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat ini turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan MESTECC. Lawatan ini adalah bertujuan untuk untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara.