Skip to main content
Archive

LAWATAN KERJA YB YEO BEE YIN KE KAWASAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR

By 2018-08-16#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:003630#30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30 19am30am-30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:0010+08:003030+08:00x302020Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +08001810184amSunday=321#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:00+08:004#April 19th, 2020#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:003630#/30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:00-10+08:003030+08:00x30#!30Sun, 19 Apr 2020 10:18:36 +0800+08:00+08:004#No Comments

YB Yeo Bee Yin (Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) bersama-sama dengan jabatan/agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) beserta wakil penduduk telah mengadakan lawatan kerja ke kawasan kebakaran tanah gambut di Johan Setia, Klang, Selangor pada 16 Ogos 2018.

Lokasi kebakaran yang melibatkan kawasan tanah gambut seluas 50 hektar ini adalah terletak di sekitar kawasan perumahan. Kebakaran yang berlarutan selama empat (4) hari ini dikhuatiri akan menjejaskan persekitaran dan menyumbang pada kejadian jerebu serta menyebabkan gangguan kesihatan kepada penduduk sekitar.

Hasil daripada lawatan dan perbincangan yang diadakan, YB Menteri mengumumkan tindakan-tindakan yang sedang dan akan dilaksanakan, seperti yang berikut:

  1. Kebakaran tanah gambut ini adalah sukar dikawal dan dipadamkan kerana apinya marak di bahagian bawah permukaan tanah dan pihak JBPM perlu meresapkan air ke dalam tanah bagi memadam kebakaran ini. Sehubungan dengan itu, pihak Air Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar Selangor dimohon untuk menghantar bekalan air bagi membantu proses pemadaman kebakaran oleh pihak JBPM.
  2. Pihak JBPM akan membuat beberapa kolam [tiga (3) atau lebih bergantung kepada saiz kebakaran] untuk mengepam air sehingga ke kawasan kebakaran (relay pumping).
  3. Jabatan Alam Sekitar telah memasang stesen mobile di SK Johan Setia untuk memantau kualiti udara di kawasan punca kebakaran.
  4. Buat masa ini, pembenihan awan tidak sesuai dilaksanakan kerana keadaan awan yang terlalu tinggi dan kecil. Apabila keadaan mengizinkan, METMalaysia akan memaklumkan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melakukan pembenihan awan.

Video penerangan oleh YB Menteri berhubung maklumat semasa mengenai jerebu dan situasi di kawasan kebakaran tanah gambut di Bandar Putera 2, Johan Setia, Klang, layari https://www.facebook.com/yeobeeyin/videos/1620525751392435/


Skip to content